Pesanan Makanan Dalam Talian

Pada masa kini pesanan makanan secara dalam talian (online) semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembeli lebih selesa untuk berada di rumah atau di pejabat dan memesan penghantaran makanan terus ke tempat mereka. Cara ini dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan malah adakalanya lebih murah dengan adanya tawaran potongan harga oleh penjual atau penyedia perkhidmatan penghantaran (delivery service provider).

Antara penyedia perkhidmatan penghantaran yang kerap digunakan adalah seperti Foodpanda, GrabFood dan McDelivery.

https://ulasbawang.blogspot.com

Pembeli perlulah terlebih dahulu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan penghantaran  untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Pesanan makanan boleh dibuat dengan lebih awal (contohnya untuk dihantar kebesokkan harinya) atau secara segera.

Pembeli juga boleh memilih cara pembayaran secara dalam talian melalui sistem e-banking atau kad kredit ataupun pembayaran secara tunai kepada penghantar makanan. Kini, ada juga penyedia perkhidmatan penghantaran yang menyediakan e-wallet dalam applikasi mereka untuk memudahkan pembeli menggunakan perhidmatan mereka tanpa perlu log in ke sistem e-banking.

Dengan wujudnya sistem ini, kesesakan di jalan raya mahupun di restoran/kedai makan dapat dikurangkan malah pembeli juga lebih selamat kerana tidak terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 yang sedang melanda negara ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IC untuk anak 12 tahun

Pengetahuan Asas Untuk Memelihara Kucing

Sindir-menyindir