Pesanan Makanan Dalam Talian
Pada masa kini pesanan makanan secara dalam talian (online) semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembeli lebih selesa untuk berada di rumah atau di pejabat dan memesan penghantaran makanan terus ke tempat mereka. Cara ini dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan malah adakalanya lebih murah dengan adanya tawaran potongan harga oleh penjual atau penyedia perkhidmatan penghantaran (delivery service provider). Antara penyedia perkhidmatan penghantaran yang kerap digunakan adalah seperti Foodpanda, GrabFood dan McDelivery. Pembeli perlulah terlebih dahulu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan penghantaran untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Pesanan makanan boleh dibuat dengan lebih awal (contohnya untuk dihantar kebesokkan harinya) atau secara segera. Pembeli juga boleh memilih cara pembayaran secara dalam talian melalui sistem e-banking atau kad kredit ataupun pembayaran secara tunai kepada penghantar makanan. Kini, ada juga penyedia perkhidmatan...