Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Sindir-menyindir

Sekarang ini, sindir-menyindir telah kerap berlaku terutama sekali di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Perkara ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Bagaimanapun, terdapat segelintar pihak telah mengambil kesempatan untuk menaikkan rating media sosial mereka dengan menggunakan isu ini.  Malah, isu yang dikaitkan pula adalah melibatkan nama-nama besar dari pelbagai latar belakang seperti artis, usahawan dan juga ahli politik. Adalah penting untuk masyarakat supaya peka dan bertindak secara berhemah bagi menangani isu ini supaya perkara ini tidak menjadi berleluasa dan berpanjangan. Sesungguhnya, perkara ini agak mengecewakan apabila terdapat pempengaruh ( influencer ) yang menjadikan isu-isu semasa sebagai modal kandungan media sosial mereka dan mengakibatkan pertelagahan pendapat pengikut-pengikutnya dan orang sekeliling. Lebih buruk lagi, perbuatan tersebut seperti menyimbah minyak ke dalam api bagi memarakkan lagi bahang kepanasan. Perlulah setiap darip...

Pengetahuan Asas Untuk Memelihara Kucing

Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan yang paling banyak dipelihara di dunia. Ciri-ciri yang terdapat pada kucing seperti kecomelannya, kelincahannya dan kenakalannya menarik perhatian semua pencinta kucing. Seandainya anda mahu memelihara kucing, anda perlu tahu serba sedikit perihal penjagaan kucing demi menjaga kesihatan dan keselamatannya. Dari segi kesihatan, beberapa perkara perlu dibuat agar kucing peliharaan tidak sakit semasa di dalam penjagaan anda. Dari segi keselamatan pula, anda perlu tahu sikap ingin tahu kucing yang sangat tinggi adakalanya mengundang keadaan yang tidak sepatutnya berlaku. Dari segi kesihatan, kucing sebaiknya diberi suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan. Ini termasuk ubat cacing dan pencegahan kutu. Dengan pemberian suntikan vaksin dan ubat-ubatan, ini dapat menghindarkan kucing daripada terkena penyakit. Selain itu, sebaiknya, kucing  juga dimandulkan kerana langkah ini sangat disarankan demi kesejahteraan kucing. Perkara lain...