IC untuk anak 12 tahun
Apabila usia anak telah mencapai 12 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak ke JPN untuk memohon kad pengenalan diri (IC). Semenjak PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia, pelbagai norma baharu diperkenalkan termasuklah urusan secara dalam talian (online). Urusan memohon IC juga perlu dibuat secara online dengan mendaftar di laman sesawang JPN terlebih dahulu dan seterusnya memilih lokasi JPN dan tarikh temujanji. Sebagai panduan, setelah mendaftar dan dapat tarikh temujanji ketika pendaftaran online tersebut, salinan temujanji perlu dicetak untuk ditunjukkan kepada petugas (anggota Rela) yang menjaga pintu masuk JPN. Petugas akan menyemak nama pemohon (ibu bapa atau penjaga) di senarai nama yang ada pada mereka. Salinan temujanji itu juga akan diambil oleh pegawai kaunter pendaftaran bersama-sama borang permohonan yang telah dilengkapkan. Borang permohonan itu akan diberi oleh petugas Rela ketika tiba di pintu masuk JPN. Polisi semasa pihak JPN adalah tidak...