Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kucing

Pengetahuan Asas Untuk Memelihara Kucing

Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan yang paling banyak dipelihara di dunia. Ciri-ciri yang terdapat pada kucing seperti kecomelannya, kelincahannya dan kenakalannya menarik perhatian semua pencinta kucing. Seandainya anda mahu memelihara kucing, anda perlu tahu serba sedikit perihal penjagaan kucing demi menjaga kesihatan dan keselamatannya. Dari segi kesihatan, beberapa perkara perlu dibuat agar kucing peliharaan tidak sakit semasa di dalam penjagaan anda. Dari segi keselamatan pula, anda perlu tahu sikap ingin tahu kucing yang sangat tinggi adakalanya mengundang keadaan yang tidak sepatutnya berlaku. Dari segi kesihatan, kucing sebaiknya diberi suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan. Ini termasuk ubat cacing dan pencegahan kutu. Dengan pemberian suntikan vaksin dan ubat-ubatan, ini dapat menghindarkan kucing daripada terkena penyakit. Selain itu, sebaiknya, kucing  juga dimandulkan kerana langkah ini sangat disarankan demi kesejahteraan kucing. Perkara lain...