Sindir-menyindir

Sekarang ini, sindir-menyindir telah kerap berlaku terutama sekali di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Perkara ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Bagaimanapun, terdapat segelintar pihak telah mengambil kesempatan untuk menaikkan rating media sosial mereka dengan menggunakan isu ini. 

Malah, isu yang dikaitkan pula adalah melibatkan nama-nama besar dari pelbagai latar belakang seperti artis, usahawan dan juga ahli politik. Adalah penting untuk masyarakat supaya peka dan bertindak secara berhemah bagi menangani isu ini supaya perkara ini tidak menjadi berleluasa dan berpanjangan.

Sesungguhnya, perkara ini agak mengecewakan apabila terdapat pempengaruh (influencer) yang menjadikan isu-isu semasa sebagai modal kandungan media sosial mereka dan mengakibatkan pertelagahan pendapat pengikut-pengikutnya dan orang sekeliling. Lebih buruk lagi, perbuatan tersebut seperti menyimbah minyak ke dalam api bagi memarakkan lagi bahang kepanasan.

Perlulah setiap daripada kita agar menjaga keharmonian dan kesejahteraan di dalam masyarakat supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IC untuk anak 12 tahun

Pengetahuan Asas Untuk Memelihara Kucing