IC untuk anak 12 tahun

Apabila usia anak telah mencapai 12 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak ke JPN untuk memohon kad pengenalan diri (IC). Semenjak PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia, pelbagai norma baharu diperkenalkan termasuklah urusan secara dalam talian (online). Urusan memohon IC juga perlu dibuat secara online dengan mendaftar di laman sesawang JPN terlebih dahulu dan seterusnya memilih lokasi JPN dan tarikh temujanji.  

Sebagai panduan, setelah mendaftar dan dapat tarikh temujanji ketika pendaftaran online tersebut, salinan temujanji perlu dicetak untuk ditunjukkan kepada petugas (anggota Rela) yang menjaga pintu masuk JPN. Petugas akan menyemak nama pemohon (ibu bapa atau penjaga) di senarai nama yang ada pada mereka. Salinan temujanji itu juga akan diambil oleh pegawai kaunter pendaftaran bersama-sama borang permohonan yang telah dilengkapkan. Borang permohonan itu akan diberi oleh petugas Rela ketika tiba di pintu masuk JPN.  

Polisi semasa pihak JPN adalah tidak membenarkan urusan secara walk-in kecuali untuk urusan-urusan tertentu.

https://ulasbawang.blogspot.com
Senarai semak urusan di JPN

Terdapat beberapa kaunter di dalam JPN termasuk kaunter khas untuk mengambil gambar.
https://ulasbawang.blogspot.com
Ruang menunggu & kaunter JPN

Untuk pemohon yang tinggal di sekitar Cheras/Bandar Tun Razak, JPN yang terdekat adalah JPN cawangan Bandar Tun Razak yang terletak di tingkat bawah Pusat Komuniti Bandar Tun Razak.
JPN Bandar Tun Razak (KL)
Pintu masuk JPN Bandar Tun Razak (KL)

JPN Bandar Tun Razak terletak di bangunan bersebelahan Stesen LRT Bandar Tun Razak. Terdapat jambatan penghubung dari stesen LRT ke bangunan tersebut. Juga terdapat tempat meletak kereta bertingkat di bangunan tersebut. Oleh itu, amat mudah untuk ke sana.
https://ulasbawang.blogspot.com
Jambatan penghubung Stesen LRT ke bangunan Komuniti BTR

Urusan untuk permohonan IC tidak mengambil masa yang lama. Pegawai kaunter pendaftaran akan memberi resit pendaftaran untuk simpanan pemohon. Resit tersebut perlu diserahkan semula ketika kutipan IC iaitu lebih kurang 1 minggu.   




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengetahuan Asas Untuk Memelihara Kucing

Sindir-menyindir