Catatan

Pesanan Makanan Dalam Talian

Imej
Pada masa kini pesanan makanan secara dalam talian (online) semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembeli lebih selesa untuk berada di rumah atau di pejabat dan memesan penghantaran makanan terus ke tempat mereka. Cara ini dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan malah adakalanya lebih murah dengan adanya tawaran potongan harga oleh penjual atau penyedia perkhidmatan penghantaran (delivery service provider). Antara penyedia perkhidmatan penghantaran yang kerap digunakan adalah seperti Foodpanda, GrabFood dan McDelivery. Pembeli perlulah terlebih dahulu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan penghantaran  untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Pesanan makanan boleh dibuat dengan lebih awal (contohnya untuk dihantar kebesokkan harinya) atau secara segera. Pembeli juga boleh memilih cara pembayaran secara dalam talian melalui sistem e-banking atau kad kredit ataupun pembayaran secara tunai kepada penghantar makanan. Kini, ada juga penyedia perkhidmatan...

IC untuk anak 12 tahun

Imej
Apabila usia anak telah mencapai 12 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak ke JPN untuk memohon kad pengenalan diri (IC). Semenjak PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia, pelbagai norma baharu diperkenalkan termasuklah urusan secara dalam talian (online). Urusan memohon IC juga perlu dibuat secara online dengan mendaftar di laman sesawang JPN terlebih dahulu dan seterusnya memilih lokasi JPN dan tarikh temujanji.   Sebagai panduan, setelah mendaftar dan dapat tarikh temujanji ketika pendaftaran online tersebut, salinan temujanji perlu dicetak untuk ditunjukkan kepada petugas (anggota Rela) yang menjaga pintu masuk JPN. Petugas akan menyemak nama pemohon (ibu bapa atau penjaga) di senarai nama yang ada pada mereka. Salinan temujanji itu juga akan diambil oleh pegawai kaunter pendaftaran bersama-sama borang permohonan yang telah dilengkapkan. Borang permohonan itu akan diberi oleh petugas Rela ketika tiba di pintu masuk JPN.   Polisi semasa pihak JPN adalah tidak...